13 April 2011

moden!




Membawa format baru dalam dunia telekomunikasi moden kemunculan Blackberry telah mewujudkan fenomena luar biasa melalui tawaran fungsi telefon bimbit pintar yang unik dan eksklusif. Tak kira model apa sekalipun, urusan harian seseorang dirasakan seolah-olah tidak lengkap jika tidak dilaksanakan bersama Blackberry kesayangan mereka





Mula menjengah pasaran malaysia sekitar pertengahan tahun 2007, kehadiran model-model telefon bimbit pintar Blackberry mula mendapat perhatian pengguna produk telekomunikasi negara ini.
Hari ini perlaksanaan perkhidmatan peranti mudah alih itu bukan sahaja digunakan oleh golongan profesional dan usahawan, malah operasinya turut dilaksanakan secara meluas oleh pengguna biasa terutama golongan belia.
Seakan-akan menjadi kegilaan dan ketagihan rata-rata pengguna Blackberry telah menjadikan peranti berkenaan sebagai teman setia dalam menjalankan aktiviti harian mereka. Secara asasnya, Blackberry dipacu menggunakan sistem teknikal Pelayan Enterpris Blackberry (BES) untuk membolehkan integrasi ID peranti dengan perkhidmatan emel pengguna. Daripada segi sokongan aplikasi pula, peranti canggih berkenaan turut dilengkapi Servis Internet Blackberry (BIS). Menerusi BIS ia membenarkan penciptaan sehingga 10 akaun emel, menyokong beberapa aplikasi laman sembang seperti Google Talk,ICQ, Windows Live Messenger selain Facebook, Twitter menggunakan platform mobiliti khas. Tidak cukup dengan itu pengguna Blackberry di seluruh dunia juga berpeluang bersembang secara maya melalui perisian yang dikenali sebagai Blackberry Messenger (BBM) Utk menggunakan BBM setiap blackberry perlu dihubungkan menerusi platform nombor pengenalan atau PIN atau imbasan pada bar kod. Bukan setakat bersembang menggunakan medium teks, BBM turut membenarkan pengguna menjalankan aplikasi menghantar gambar, fail, multimedia, mesej bersuara, sembang berkumpulan dll- apa yang menarik kesemua khidmat itu percuma tanpa melibatkan bayaran seperti SMS atau MMS. (En suami sila baca entri ini dengan teliti)






Antara kesemua model Blackberry pilihan saya adalah Blackberry Bold 9700 -






~okey kepada peminat Blackberry cepat2la pergi membelinya supaya dapat merasa nikmat  telefon bimbit yang moden lagi terbest dlm hdup...walaupun saya belum ada...hahaha..selamat mencuba...=)

17 December 2010

kaki pancing:Gadong,Bintuka,Beaufort

kepada semua kaki pancing di luar sana (area sabah saja), pernahkah kamu memancing di Gadong,Bintuka, Beaufort?. kalau belum, marilah bersama-sama mengail ikan di sana.besar gilak ikan Okay!

mari tengok setakat mana besar ikan yang boleh dikail di situ!





kredit kepada  G.K.P.A FISHING ADVENTURE .kamu memang dahsyat wooo!!!!!

Tempat yang menarik di Sabah

 Mohd Farid Dzulkarnain Bin Jemin...
   jom..tengok..tmpt2 menarik si sabah nie...=) hhhiii=)
                                                                                                Sabah the best...
salam 1Malaysia bertemu lagi kita pada hari ini..hehe..jauh berjalan luas pemandangan itu lah peribahasa yang boleh mengambarkan kita perlu melancong…bila melancong nie sedap je mata memandang keindahan flora dan fauna..hehe..ok hari ini saya ingin membawa anda melancong di negeri Sabah..apa tempat² yang menarik di Sabah yang wajib korang pergi? jawapannya ada disini..teruskan membaca k..
pada post kali ini saya akan menunjukkan korang lokasi² menarik beserta sedikit info² tentang tempat yang menarik ini..

Poring Hot Spring 
terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja.
Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.
                                                            
Tanjung SimpangMengayau
Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai Northernmost Tip of Borneo. Ia terletak di daerah Kudat, Sabah. Tempat ini merupakan titik pertemuan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan.Di Tanjung Simpang Mengayau, para pengunjung boleh menyaksikan pemandangan yang mempersonakan. Tempat ini dikelaskan sebagai salah satu tempat pusat pelancongan yang paling cantik di Sabah.


me at simpang Mengayau..besttt!!
Pengangkutan
Tempat terkenal ini terletak 50km dari bandar Kudat.Para pengunjung boleh menaiki kereta atau teksi dan masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi dianggarkan selama 30 minit.

Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.
Pengangkutan
Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.
Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.

Padas Rafting
Sungai Padas terletak di kawasan pedalaman di barat daya Kota Kinabalu. Para pengunjung akan dapat mengalami sendiri pengalaman berkayak di sungai berskala III – IV dan aktiviti ini sesuai bagi mereka berumur 12 hingga 55 tahun.


uiyoo...menakutkan...tp seronok...=)  jom ar.cuba...
Pengangkutan
Dari Kota Kinabalu, para pengunjung boleh menaiki teksi untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam.
Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.

Pulau Sipadan
Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini.
Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.
Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu :lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.





Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka. Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.
Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan.Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas. Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh setengah km ke dalam.
Bayaran Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran
Turtle Island Park
Taman Negara Pulau Penyu terletak 40km utara dari Sandakan, Sabah. Ia terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisan, dikelilingi oleh terumbu karang dan laut. Ia terkenal dengan Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill Turtles) yang datang bertelur di pantai pulau ini.
Hanya di Pulau Selingan menyediakan perkhidmatan chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini bagi menyaksikan penyu bertelur. Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur.


Bulan yang sesuai untuk berkunjung ke tempat ini adalah Mac dan September, elakkan mengunjungi dari bulan Oktober ke Februari kerana tempoh berkenaan adalah berlakunya musim angin kencang Monsoon Timurlaut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Lembaga Pelancongan Sabah di talian 088-212121 atau Sri Pelancongan Sabah di talian 088-232121.
Pengangkutan
Para pengunjung boleh menaiki bot dari Sandakan ke Pulau Selingan. Walau bagaimanapun, tiada parkhidmatan bot awam disediakan. Oleh itu, pengunjung perlu berjumpa dengan pegawai bertugas di taman negara tersebut atau mengatur perjalanan ke Pulau Selingan melalui ejen pelancongan.
sebenarnya ada byk lagi tempat menarik di Sabah nie..apa yang saya tunjukkan diatas ni cuma tempat² yang berada dekat dengan Kota Kinabalu..kalo nak tau tempat² menarik sekitar Sandakan, Semporna dan Tawau, insyaallah di post akan datang saya akan bagitau..hehe…selamat melancong…
                                                                     wow seronoknya...
                                                                                  visit sabah...=)                                               
      
                                                                                    SABAH MAJU JAYA...MALAYSIA BOLEH,SABAH BOLEH,1 MALAYSIA..=)